TESTIMONI - SETIAP MINGGU
Ramai yang tidak percaya dengan dakwaan ini kerana amat aneh dengan hanya menggunakan jarum akupuntur yang kecil dan nipis dapat menyembuhkan penyakit. Namun inilah hakikat dan kelebihan ’JARUM AKUPUNTUR’.
TATAPLAH TESTIMONI PESAKIT YANG MENERIMA RAWATAN AKUPUNTUR. SETIAP MINGGU, INSYAALLAH AKAN ADA TESTIMONI YANG BARU DAN LAIN DARI YANG LAIN....Bersama ini diperturunkan testimoni beberapa orang pesakit yang menjalani rawatan Akupuntur. Kesembuhan yang berlaku ke atas setiap pesakit adalah Kurnia dari Allah Yang Maha Kuasa dan bukan dari kebolehan yang ada pada Prof. Dr. Hj. Shahrin Abd. Rahman dan juga jarum akupuntur:
1. Cik Nik (nama samaran)
Cik Nik hendak melangsungkan perkahwinan tetapi terpaksa ditangguhkan kerana beliau mengalami masalah payudara yang amat kecil bahkan boleh dikatakan tiada langsung payudara sebagaimana yang ada pada kebanyakan wanita.
Dia telah datang ke Pusat Rawatan Qalbun Salim dan berjumpa dengan Prof. Dr. Hj. Shahrin dan Prof. Dr. Hj. Shahrin telah menggunakan kaedah baru dalam rawatan akupuntur dimana setelah menjalani 3 kali rawatan, payudaranya telah membesar. Alhamdulillahi Rabbil 'Aalamiin
2. Puan Wati (nama samaran)
Puan wati telah menjalani 2 kali pembedahan untuk membuang cyst dan fibroid di perutnya dalam masa 3 tahun. Walaupun pembedahan telah berjaya membuang cyst dan fibroid namun pada tahun 2008, penyakit timbul kembali.
Setelah diyakini oleh beberapa orang kawannya, Puan Wati bersama suaminya datang ke Pusat Rawatan Qalbun Salim dan berjumpa dengan Prof. Dr. Hj. Shahrin.
Pemeriksaan telah dilakukan dan Puan Wati telah bersetuju untuk melakukan akupuntur. Dengan menggunakan kaedah Kurapuntur (kaedah terbaru)sebanyak 5 kali, beliau telah bebas dari masalah cyst. Beliau juga telah diberikan herba Gurah Vagina untuk membantu dan mempercepatkan proses pengecutan cyst dan fibroid. Alhamdulillahi Rabbil 'Aalamiin
3. Puan Suliati (nama samaran)
Beliau telah mengalami stroke pada Disember 2008 dan telah dirawatan sebuah hospital pakar swasta di Kota Bharu. Pihak pakar hanya dapat memberikan ubat sahaja. Setelah beberapa hari dirawat, Puan Suliati telah dibenarkan keluar dari hospital. keesokan harinya beliau datang ke Pusat Rawatan Qalbun Salim bersama dgn suaminya dengan dipapah oleh anaknya dan beberapa orang keluarganya. Prof. Dr. Hj. Shahrin telah membuat diagnosis melalui lidah, mata dan gerak rasa hati. Didapati Puan Suliati lumpuh sebelah kanan di mana tangan dan kakinya tidak dapat bergerak.
Rawatan Akupuntur diberikan selama 40 minit dan Puan Suliati diminta untuk mengulangi rawatannya selang sehari.
Pada hari kedua, dengan penuh gembira, suami Puan Suliati masuk kekamar Prof. Dr. Hj. Shahrin dan memberitahu bahawa kaki kiri isterinya sudah boleh bergerak bahkan boleh diangkat.
Setelah menjalani rawatan beberapa kali, kali ini bahu dan tangan kirinya sudah boleh bergerak dan diangkat.
Kini Puan Suliati masih lagi dalam rawatan.
Alhamdulillahi Rabbil 'Aalamiin
4. Mak Cik Rosmah (nama samaran)
Sakit sendi dan saraf sekian lama sehingga beliau tidak dapat bersolat secara berdiri. Beliau terpaksa bersolat secara duduk dan tidak boleh ke masjid untuk solat 5 waktu dan juga solat Tarawih. Kebetulan dalam bulan Sya'ban 1429 (2008), beliau telah bertemu dengan prof. Dr. Hj. Shahrin di Pusat Rawatan Cemara Emas, Taman TTDI Jaya, Shah Alam. Setelah didiagnos, lalu Prof. Dr. Hj. Shahrin menjalankan rawatan akupuntur pd titik-titik Distall di badan Mak Cik Rosmah. Slps Raya Aidil Fitri, Mak Cik Rosmah bertemu kembali dengan Prof. Dr. Hj. Shahrin dan memberitahu bahawa dia telah dapat bersolat tarawih sebanyak 20 rakaat setiap malam sepanjang bulan Ramadhan. Alhamdulillahi Rabbil 'Aalamiin
5. Puan Norzila Ramli (nama samaran)
Mengalami masalah sakit2 pada sendi dan kedua belah tangannya berpeluh dan terketar2. Setelah dijalankan rawatan akupuntur pd titik Distall, kesakitannya telah berangsur pulih. Alhamdulillahi Rabbil 'Aalamiin
6. Ramli Hussin (nama samaran)
Seorang penagih dadah dan berazam hendak berhenti dari ketagihannya dan ingin kembali sihat seperti dahulu. Sebanyak 3 kali rawatan dilakukan ke atas diri nya dengan gabungan rawatan Bekam dan mandian, akhirnya beliau telah mengakui bahawa beliau telah pulih sepenuhnya. Alhamdulillahi Rabbil 'Aalamiin
7. Fakrul Sham (nama samaran)
Mengalami masalah hidung tersumbat dan kadangkala susah hendak bernafas. Beliau telah berjumpa dengan Prof. Dr. Hj. Shahrin dan setelah pemeriksaan dijalankan didapati bahawa beliau mengalami masalah Resdung yang teramat kuat. Dengan hanya sekali rawatan sahaja, masalah hidung tersumbatnya berkurangan. Alhamdulillahi Rabbil 'Aalamiin
8. Puan Rohani Kassim (nama samaran)
Mengalami masalah kedatangan haid tidak berhenti selama 4 bulan. Badan beliau lemah dan tidak bermaya. Muka kelihatan pucat. Prof. Dr. Hj. Shahrin telah menjalankan pemeriksaan dan seterusnya melakukan tusukan akupuntur pada beberapa tempat di bahagian perut. Alhamdulillahi Rabbil 'Aalamiin, selepas 1 jam rawatan, haidnya berhenti sehingga kini tanpa perlu memakan ubat medikal. Alhamdulillahi Rabbil 'Aalamiin
9. Ramlan - 18thn (nama samaran)
Mengalami masalah tangan berpeluh yang teramat serius. Peluh sentiasa keluar dari tapak tangannya sehinggakan kertas dan pakaiannya basah apabila tersentuh. Ini amat menyukarkannya untuk menduduki peperiksaan kerana kertas yang dipegangnya akan basah teruk. Rawatan pertama kali telah dibuat pada pertengahan tahun 2008 dan ternyata sembuh. Oleh kerana kesibukan ibubapanya, Ramlan tidak datang untuk rawatan susulan. Penyakitnya kembali setelah hampir 9 bulan tapak tangannya kering normal. Beliau datang kembali untuk menerima rawatan untuk kedua kali dan kini penyakit sembuh 100%. Alhamdulillahi Rabbil 'Aalamiin.
10. Ust. Muhammad (nama samaran)
Hampir terkena stroke sewaktu mengajar kitab akibat dari tekanan darahnya meningkat. Beliau terpaksa bersolat sambil duduk dan tidak dapat mengimami jemaah. Setelah diberikan rawatan kecemasan pada titik akupuntur, badannya mulai berpeluh dan merasai kelegaan yang teramat sangat. Alhamdulillahi Rabbil 'Aalamiin beliau boleh memandu keretanya pulang.
11. Lim Seng (nama samaran)
Telah mengalami sakit kepala sejak 7 tahun. Berbagai ubat alopati telah digunakan namun kesakitannya bukan berkurang tetapi bertambah. Pihak doktor alopati telah mengesahkan bahawa Lim Seng mengalami penyakit migrin.
Dengan menggunakan satu jarum sahaja di kepala iaitu ’Bahui – DU20’ selama 40 minit, Lim Seng merasa kelegaan dan kesakitan terus hilang. Alhamdulillah 95% gejala migrinnya telah hilang dan sembuh. Rawatan dilakukan selama semingu. Alhamdulillahi Rabbil 'Aalamiin
12. Hj. Abdullah Ab. Rahman (nama samaran)
Mengalami penyakit ’stiff neck’. Selama 2 minggu beliau memakai ’collar support’ iaitu plastik bantuan yang dibalut ke lehernya. Jika dicabut, lehernya akan sakit terutama bila bergerak atau berpaling. Ubat penahan sakit telah diberikan oleh doktor alopati namun ianya tidak memberi apa-apa kesan sembuh.
Dengan menggunakan satu jarum akupuntur pada titik akupuntur ’Tianzhu –UB10’ selama 45 minit berterusan selama seminggu, kesakitannya telah hilang dan sembuh. Alhamdulillahi Rabbil 'Aalamiin
13. Kadir (nama samaran)
Mengalami masalah tersedu (hiccough) selama 2 bulan. Berbagai pengubatan telah dijalani namun tidak sembuh.
Dengan menggunakan satu jarum akupuntur pada titik akupuntur ’Tiantu – Ren22’, tidak sampai 10 minit, gejala tersedu mulai berkurangan dan hilang setelah tamat sesi rawatan selama 30 minit. Pada rawatan ulangan kedua, satu jarum pada titik ’Bahui – DU20’ telah membuat gejala hiccough terus sembuh. Alhamdulillahi Rabbil 'Aalamiin
14. Sheila Rusli (nama samaran)
Mengalami masalah ’endometrosis’ yang menyebabkan kesakitan setiap kali haid. Kesakitan ini berlarutan selama 3 tahun dan kadangkala menyebabkan beliau pitam. Rawatan medikal telah dilakukan namun kesakitannya sering dialami setiap kali haid.
Dengan menggunakan satu jarum akupuntur pada titik akupuntur ’Zhongji – Ren3’ senggugutnya atau endometrosis terus sembuh. Alhamdulillahi Rabbil 'Aalamiin
15. Mamat
Mengalami masalah gout sehingga beliau akan merangkak-rangkak untuk bergerak dan kesakitan yang amat sangat sewaktu hendak bangun atau duduk. Rawatan medikal tidak menyembuhkan kesakitannya bahkan beliau terpaksa berpantang dari memakan makanan laut. Ibu jari kakinya bengkak bersinar banar dan sakit sekiranya bergerak.
Dengan menggunakan satu jarum akupuntur pada titik akupuntur ’Bafeng – Extra 36’ di bahagian ibu jari kaki, kesakitan berhenti serta merta dalam tempoh 15 minit dan selepas 40 minit rawatan, pesakit boleh bangun dan berjalan tanpa bantuan. Alhamdulillahi Rabbil 'Aalamiin
16. Raja Rosnah (nama samaran)
Mengalami masalah gangguan yang tidak teratur sejak mula-mula datang haid. Darah keluar tidak menentu sehinggakan 25 hari atau 30 hari. Beliau menjadi lesu. Berbagai rawatan medikal telah dilakukan termasuk penggunaan ubat perancang keluarga dan hormon, namun haidnya tetap keluar.
Dengan menggunakan satu jarum akupuntur pada titik akupuntur ’Zsuzanli – St36’ selama 8 kali rawatan, haidnya beransur berhenti dan bila masuk 12 kali rawatan, haidnya terus berhenti dan menjadi normal semula. Alhamdulillahi Rabbil 'Aalamiin
17. Hjh. Hasnah (nama samaran)
Mengalami masalah gout yang teruk sehinggakan beliau tidak dapat solat dengan baik. Sudah bertahun-tahun bersolat secara duduk. Goutnya semakin teruk sehinggakan tangannya tidak boleh digenggam.
Rawatan pertama kali terpaksa dilakukan selama 15 minit sahaja. Rawatan foot spa dilakukan sebagai tambahan dengan menggunakan Garam Kristal dari Gunung Himalaya. Selepas 2 hari, Hjh Hasnah datang kembali untuk dirawat. Apa yang mengagumkan ialah beliau memberitahu yang sakitnya telah berkurangan dan boleh bersolat secara dulu. Kini beliau telah membawa beberapa orang rakannya yang sakit sama dengannya untuk dirawat. Alhamdulillahi Rabbil 'Aalamiin
18. Adik Khairunnisa' 18 tahun (nama samaran)
Mengalami masalah kanser sebesar penumbuk orang dewasa dipangkal leher sebelah kanan dan akan dibedah oleh hospital di KL. Namun setelah datang menemui Prof. Dr. Hj. Shahrin, tusukan telah dibuat 4 kali berserta dengan penggunaan herba dan Alhamdulillah, barahnya mengecil menjadi sebesar syiling 50 sen. Alhamdulillahi Rabbil 'Aalamiin.
19. Ahmad Rosli 27 tahun (nama samaran)
Mengalami masalah saraf di lehernya dimana dia tidak boleh berpusing lehernya secara normal (Stiff neck) selama 3 tahun. Dah berbagai cara dan kaedah pihak hospital gunakan tetapi tidak juga berjaya. Kini dia telah dirawat oleh Prof. Dr. Hj. Shahrin setiap 2 kali seminggu. Pertama kali rawatan beliau telah merasai perubahan pada lehernya. Terasa saraf2nya lembut dan bila dicuba berpusing lehernya, dia tidak lagi merasai kesakitan. Alhamdulillaahi Rabbil 'Aalamiin.
20. Pn Zakiah Hanim 38 tahun (nama samaran)
Mengalami saraf air matanya tersumbat. Selain dari rawatan medikal, beliau telah berusaha ke berbagai tempat tetapi tidak juga kunjung sembuh. Prof. Dr. Hj. Shahrin telah membuat pemeriksaan dan menasihatkannya agar buat rawatan seminguu sekali kerana memandangkan beliau adalah seorang penjawat awam. Setelah kali pertama rawatan, beliau telah merasai perubahan pada matanya. Bengkak yang ada di birai matanya sudah mengecil. Selain dari akupuntur, beliau juga diberikan Qirana Vico yakni Minyak Kelapa Dara. Alhamdulillaahi Rabbil 'Aalamiin.
21. Pn. Norzilawati Hussin (nama samaran)
Mengalami migren sejak beberapa tahun. Dah banyak klinik dan hospital dikunjungi tetapi tidak juga sembuh bahkan bertambah sakitnya. Beliau hadir ke Pusat Rawatan Qalbun Salim dan menerima rawatan dari Prof. Dr. Hj. Shahrin. Dua kali rawatan akupuntur, dengan gembira beliau menghubungi Prof. Dr. Hj. Shahrin memberitahu bahawa migrennya telah sembuh 100%. Alhamdulillahi Rabbil 'Aalamiin.
22. Pn. Yusna (nama samaran)
Pada 18 Jun 2009, beliau datang berjumpa dengan saya di Kuala Lumpur untuk dilakukan tusukan akupuntur kali ketiga bagi masalah CYST dalam perutnya sebesar 4.9cm. Selepas sesi rawatan, beliau terus singgah diklinik medikal tempat kebiasaan beliau membuat rawatan. Setelah discan, doktor yang merawatnya terkejut kerana CYSTnya telah hilang 100%. Rawatan yang diberikan adalah Akupuntur dan Herba Balqis khas untuk mengecutkan barah atau ketumbuhan. Alhamdulillahi Rabbil 'Aalamiin.
23. Pn. Roslida (nama samaran)
Umur 50an mengalami masalah buah pinggang. Pertama kali datang terpaksa dipapah. Setelah dilakukan akupuntur 2 kali, Alhamdulillaahi Rabbil 'Aalamiin, beliau boleh berjalan sendiri dan nampak riak wajah kesukaan dan kepuasan serta ceria. Rawatan yang diberikan adalah akupuntur dan Qirana VICO.
24. Pn. Norhayati (nama samaran)
Mengalami masalah Hiperthyroid. Sewaktu bertemu dengan Prof. Dr. Hj. Shahrin, beliau dalam keadaan lemah dan semkain susut tubuhnya. Setelah beberapa sesi akupuntur dan menggunakan Qirana VICO, pada 19 Jun, beliau memberikan khabar gembira yang penyakit dah stabil. Alhamdulillaahi Rabbil 'Aalamiin.
Alhamdulillahi Rabbil 'Aalamiin. Setakat ni sudah ramai pesakit yang semakin mempercayai dengan rawatan Akupuntur yang dijalankan oleh Prof. Dr. Hj. Shahrin Abd. Rahman. Beliau akan berada di Kuala Lumpur dan Shah Alam setiap sebulan sekali. Sekiranya sesiapa yang hendakkan rawatan dari beliau, silalah hubungi 0129819425/097745200/0129086425 utk membuat temujanji.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat dan komen anda demi untuk kebaikan bersama.