Wednesday, April 15, 2009

AKUPUNTUR: CARA SIHAT YANG KINI DIMINATI OLEH MASYARAKAT



Keseimbangan hormon-hormon di dalam tubuh sangatlah penting. Ketidakseimbangan hormon akan memicu aneka penyakit dan keluhan. Ini sudah tentu sangat mengganggu, karena sakit bererti menurunnya kualiti hidup. Akibatnya, perlu ada cara untuk mengenyahkan penyakitnya. Selain berubat ke doktor dan minum ubat-ubatan moden, cara alternatif juga menjadi pilihan. Salah satunya adalah terapi dengan tusuk jarum atau akupunktur.

Akupunktur telah ada dan dikenali oleh masyarakat Cina sejak 5 ribu tahun silam. Kala itu, pengubatan akupunktur belum menggunakan jarum seperti saat ini. Dahulu, mengubati penyakit dengan cara menusuk-nusuk tubuh itu dilakukan dengan alat yang sangat sederhana, seperti batu atau bambu yang diruncingkan hujungnya. Seiring perkembangan di bidang pengubatan yang semakin pesat, muncullah kemudian pengubatan tusuk jarum dengan alat yang lebih baik, seperti jarum dari logam atau emas, perak, besi putih atau stainless steel.

Kini, pengubatan tusuk jarum merupakan salah satu alternatif pengubatan yang sangat diminati masyarakat. “Sekarang, banyak sekali klinik akupunktur, meski tidak semua akupunkturisnya berlatar belakang atau berprofesi sebagai doktor,” ujar Prof. Dr.Shahrin Abd. Rahman, dari Pusat Rawatan Qalbun Salim.

Masyarakat kini amat kurang percaya terhadap ubat-ubatan moden yang ditelan atau diminum. Salah satu alasannya, mereka tidak mendapatkan perubahan setelah menelan atau meminum ubat. Kalaupun sembuh, tidak untuk waktu lama. Sehingga, mereka kemudian beralih ke pengubatan alternatif, termasuk terapi dengan akupunktur. Dengan akupunktur, hasilnya dapat terlihat hanya dengan 2 - 3 kali terapi.
Selain hasil yang belum tentu baik, dari segi biaya, akupunktur juga lebih murah dibandingkan berubat jalan. Jika untuk berubat secara medikal seseorang harus mengeluarkan beribu-ribu Ringgit, maka dengan akupunktur, hanya diperlukan sekitar RM50/-RM100/ untuk sekali terapi, termasuk jarum. Memang, jumlah terapi disesuaikan dengan berat tidaknya penyakit. “Untuk sakit yang sudah lama, mungkin perlu terapi lebih dari 3 kali untuk mendapatkan hasil yang maksimal,” lanjut Prof. Dr. Hj. Shahrin.

TERAPI KECANTIKAN
Awalnya, akupunktur dipakai untuk menyembuhkan abses, dengan menusuk bahagian tubuh yang nyeri. Kemudian, cairan dikeluarkan, sampai mengering dan sembuh. Dari abses, penggunaan akupunktur kemudian berkembang ke penyembuhan berbagai penyakit lain, dan diyakini dapat membantu penyembuhan berbagai jenis penyakit. Sebut saja migren, vertigo, insomnia, alergi, sinusitis, asma, hipertensi, depresi, gangguan nyeri, bahkan pasien ketergantungan ubat-ubat terlarang atau dadah.

Selain untuk pengubatan, akupunktur ternyata juga boleh digunakan untuk terapi kecantikan. Berbeza dengan operasi plastik yang seringkali membuat wajah menjadi kurang seimbang, dengan akupunkur, hormon-hormon akan distimulir agar kembali seimbang.

Hasil penelitian menunjukkan, untuk kecantikan, yang terbaik adalah dengan 12 kali kunjungan. “Ini sudah diperhitungkan keberhasilannya. Jika dengan 6 kali kunjungan hasilnya sudah baik, apalagi kalau sampai 12 kali terapi. Hasilnya pasti lebih memuaskan,” kata Prof. Dr. Hj. Shahrin yang membuat pakej terapi 12 kali kunjungan untuk rawatan kecantikan di pusat rawatannya, antara lain pakej beauty care, body care, beauty & body care, juga pakej no for drugs dan hair care yang sama-sama pakej untuk 12 kali kunjungan.

Ramai pasien yang berkunjung untuk terapi kecantikan adalah perempuan berusia 25 - 50 tahun. “Terapi pelangsingan bahagian-bahagian tubuh tertentu dan pengencangan wajah dan payudara menjadi terapi kegemaran.”


Bagi anda yang berminat, silalah menghubungi Prof. Dr. Hj. Shahrin melalui emailnya : dr_hjshahrin@yahoo.com atau call di talian 0129819425.

RAWATAN RESDUNG DENGAN TUSUKAN TELINGA

AKUPUNTUR TELINGA DALAM SEJARAH

Selain dari titik akupuntur di badan, terdapat 200 titik perubatan di telinga yang dapat memberikan penyembuhan bagi berbagai penyakit. Rawatan ini dinamakan Aricular Acupunture.

Akupuntur telinga (Auriculotherapy) adalah metode akupuntur yang menggunakan tusukan pada titik-titik yang ada pada telinga.
Sebetulnya Auriculotherapy itu adalah kaedah tradisional yang sudah dikenali pada zaman purbakala dan bukan hanya di China. Buku kuno “Hwang Ti Nei Ching Su Wen” lebih dari dua ribu tahun yang lalu mencantumkan titik-titik akupuntur yang terletak di telinga. Juga orang Mesir kuno melalui peninggalan Firaun mempraktikkan Cauterisatie ditelinga untuk mengatasi gangguan-gangguan seksual seperti impotensi dan atau frigiditi. Sama juga dengan orang Hindu, India kuno, mengubati buasir dengan membakar (Moksa) daerah khusus di telinga.


Mengubati pelbagai penyakit dengan menusuk telinga sudah lama sekali dikenali di India. Orang India kuno mempergunakan baik akupuntur badan (Corporotherapy) mahupun akupuntur telinga (Auriculotherapy) beribu-ribu tahun lebih dulu daripada orang China, sehingga dengan demikian akupuntur itu sebenarnya bukanlah berasal dari China, akan tetapi dari India.

Di China kaedah ini berkembang pesat sejak tahun 1956 sesudahnya revolusi kebudayaan oleh Mao Tse Tsung. Auriculotherapy dapat berkembang dan mencapai tingkat ilmiah yang tinggi berkat hasil-hasil penyelidikan Dr. P.F.M. NOGIER di Lyon Peranchis. Sistem tusukan menurut Nogier agak berlainan daripada yang dipergunakan di China. Menurut Nogier, telinga itu kedudukannya identik dengan kedudukan embrio dalam rahim. Penemuan ini cukup spektakular kerana memudahkan Topografi Auricular sehubungan dengan pembahagian subtil dari titik-titik di daerah yang sangat kecil.

Rawatan Resdung Melalui Tusukan Di Telinga

Walaupun terdapat 200 titik akupuntur di telinga, namun hanya 20 titik dipilih untuk rawatan Resdung atau Rhinitis atau Sinusitis. Antara titik-titik tersebut ialah Shenshu, Banwei, Yinhui, Kauowen, Sipu, Zutayang, Shouxin, Sanjinyyio, Qugu, Cigong, Bizhu dan Zhitao. Semua titik ini terletak di luar dan dalam telinga.

Apa itu Resdung dan gejala nya

Resdung/seduan menghasilkan pelbagai gejala hidung dan tidak ketinggalan boleh juga memberikan kesan terhadap tekak, peti suara serta telinga tengah.

Salah satu punca resdung/seduan adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga di sekelilingnya yang dipanggil sinus.

Sinus sebenarnya adalah rongga-rongga di dalam tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil.

Sinus terletak pada bahagian muka - pipi di bawah mata, di antara dua mata, hanya sedikit di belakang hidung dan turut meliputi bahagian dahi seseorang.

Ia terbahagi kepada empat; masing-masingnya dikenali sebagai sinus frontal, sinus maksila, sinus etmoid dan sinus sfenoid.

Fungsi sebenar sinus tidak diketahui dengan tepat tetapi ada antara teori mengatakan sinus berfungsi meringankan tengkorak selain turut memainkan peranan dalam degungan suara.

Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa dan disalirkan ke dalam hidung.

Jika saluran daripada sinus ini tersumbat, lendir akan terkumpul dan rongga sinus menjadi tempat pembiakan yang baik bagi kuman bacteria.

Bengkakan di dalam lapisan hidung juga boleh menyebabkan salur sinus ini tersumbat.

Salah satu punca utama bengkakan dalam hidung ini ialah radang hidung disebabkan oleh alahan (rhinitis) yang agak berleluasa dalam masyarakat kita.

Resdung/seduan boleh juga terjadi disebabkan oleh rerambut halus silia di dalam sinus yang sepatutnya membantu pengaliran mukus, gagal menyempurnakan tugasnya.

Aktiviti menyelam ataupun berenang merupakan antara beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko resdung/seduan selain asap rokok yang dikenal pasti sebagai pencetus radang hidung.

Oleh itu, adalah sangat penting `mengharamkan' tabiat merokok di dalam persekitaran rumah mahupun kenderaan pesakit resdung/seduan, sekali gus mengelakkan tempat-tempat yang seumpamanya.
Apabila gejala resdung/seduan berlaku dalam tempoh beberapa hari hingga beberapa minggu, ia diklasifikasikan sebagai akut.

Resdung/seduan akut kadangkala adalah penyebab demam, terutamanya yang berlanjutan lebih daripada tujuh hingga 10 hari.

Asalnya, virus-virus yang menyebabkan selsema biasa, menyerang lapisan dalam hidung dan sinus menyebabkan bengkak dan menyempit.

Badan juga bertindak balas terhadap virus dengan menghasilkan lebih banyak mukus. Ini menyebabkan hidung tersumbat dan nanah terkumpul di dalam sinus yang bengkak.

Demam yang mula kebah tetapi kemudiannya bertukar melarat menjadi sebahagian tanda-tanda resdung/seduan akut.

Di samping itu, kesakitan di dalam bahagian dahi yang timbul semasa anda mencondongkan badan ke depan seperti waktu sujud juga boleh menjadi petanda.

Beza Resdung/seduan, Demam Selsema dan Alahan Hidung

Jika pesakit demam dan mempunyai gejala berkaitan hidung seperti sakit muka dan hidung, keluar nanah berwarna kuning atau hijau daripada hidung atau kahak warna sama pada sebelah pagi, itu resdung/seduan.

Apabila gejala-gejalanya berlaku lebih kerap ataupun jangkitan berpanjangan lebih daripada tiga bulan, resdung/seduan akut boleh menjadi kronik.

Gejalanya mungkin tidak seteruk resdung/seduan akut namun, jika tidak dirawat boleh menyebabkan kerosakan kepada sinus dan tulang pipi sehingga memerlukan pembedahan.

Walaupun resdung/seduan tidak boleh menjadi kanser sehingga menyebabkan hidung rompong tetapi sebaliknya kanser boleh memperlihatkan gejala-gejala seperti penyakit itu.

Sekiranya dibiarkan tanpa rawatan, resdung/seduan boleh mengakibatkan maut tidak langsung yang disebabkan oleh komplikasi pada otak pesakit.

Rawatan Yang DiCadangkan

Berdasarkan gejala penyakit di atas, rawatan yang disyorkan adalah dengan menggunakan:

1. QIRANA SINUS - QIRANA SINUS adalah air bersih yang kelihatannya seperti air minuman biasa tetapi sebenarnya itu lah yang dijadikan oleh Prof.Dr.Hj.Shahrin Abd.Rahman sebagai penawar Resdung/Seduan. Yang membezakan QIRANA SINUS itu dengan air yang lainnya adalah air itu mempunyai kekuatan bio energy yang berguna untuk penyembuhan Seduan/Resdung. Sifat penyah kuman telah diprogramkan dengan doa-doa yang berkekuatan tinggi telah menjadikan QIRANA SINUS satu bahan berkesan untuk menentang penyakit disebabkan oleh kuman resdung.
2. Tusukan Telinga – Auricular Acupunture pada titik Shenshu, Banwei, Yinhui, Kauowen, Sipu, Zutayang, Shouxin, Sanjinyyio, Qugu, Cigong, Bizhu dan Zhitao.
3. Ubat-ubat Homoepati seperti Aconite nap, Allium Cepa, Chamomilla. Fluheal, Rhenicine, Dulcamara, Arsenic Alb dan Gelsimium

Rawatan Resdung dengan menggunakan kaedah integrasi Perubatan China – Akupuntur, Perubatan German – Homoepati dan Perubatan Melayu – Air Penawar amat berkesan untuk memberi kelegaan tanpa mendatangkan kesan sampingan dan tidak ada ketagihan.

Cara rawatan yang mesra alam, lembut ini amat sesuai untuk semua lapisan umur.

Kos Rawatan RM50/
QIRANA SINUS rm19.90
Ubat Homoepathy RM10/sebotol